Berita * Download * Illustrasi * Rujukan * Link * English
Projek ini bertujuan menyediakan kamus bahasa yang lengkap dan boleh digunakan oleh orang awam secara meluas. Sebagai langkah pertama, kami telah membina Wordnet Bahasa meliputi Bahasa Malaysia dan Indonesia. Projek Wordnet ini mendapat inspirasi daripada Princeton Wordnet, kamus siber Bahasa Inggeris, dan Grid Wordnet Global. Wordnet Bahasa boleh digunakan, diubahsuai, dicetak dan diedarkan tanpa sebarang bayaran, selagi anda menggunakannya di bawah lesen yang sama (asal). Sila baca lesen sepenuhnya untuk maklumat lanjut.
Data daripada projek ini boleh didapati dari halaman download, dan boleh dicari secara online. Sila gunakan wordnet dalam apa-apa cara yang anda mahukan (lesen). Ia merangkumi banyak sumbangan dari projek Wordnet Malaysia dan Indonesia sebelumnya. Jika anda berminat untuk meyertai dalam pembinaan kamus ini atau mempunyai soalan atau komen selanjutnya, sila hubungi kami melalui emel: wn-msa-devel@lists.sourceforge.net.
Kami mula memajukan Wordnet Bahasa pada 2011 sebagai sokongan untuk mengembangkan kegiatan analisa Bahasa Melayu. Kami menggabungkan kosa kata Inggeris daripada Princeton WordNet sebagai langkah pertama bagi menyusun Wordnet Bahasa. Dalam keluaran akan datang, kami ingin menambahkan perkataan unik Melayu yang tidak terdapat dalam Princeton WordNet, dengan harapan untuk mengubah struktur hirarki kamus ini supaya ia dapat melambangkan Bahasa Melayu dengan lebih rapi. Anda dipersilakan untuk menggunakan Wordnet ini. Sekiranya digunakan untuk kajian, harap dapat mencatat rujukan kepada salah satu hasil penulisan kami yang berkaitan. Jika anda mempunyai soalan atau komen selanjutnya, sila hubungi kami melalui emel: wn-msa-devel@lists.sourceforge.net.
Harap maklum bahawa kami menganggarkan versi keluaran ini akan mengandungi sebanyak 5–10 peratus catatan ralat. Kami mengambil keputusan untuk menumpukan usaha kepada menambah isi keluaran ini, dan menyemak semula catatan ralat tersebut. Dalam proses terjemahan, kami menjangkakan untuk membetulkan ralat tersebut. Dalam pada itu, kami bersedia menerima sebarang maklum balas.
Kod Sumber untuk projek ini telah disediakan untuk didownload.
Francis Bond, Nurril Hirfana Mohamed Noor, Suerya Sapuan, Muhammad Zulhelmy Mohammad Rosman, Hammam Riza, Tan Enya Kong, Ruli Manurang, Lian Tze Lim, David Moeljadi, …